Tuesday, November 07, 2006

Deepset


deepset @ hotel istana, kuala lumpur.

>> band members
  • jaluthfi; guitar & pedals
  • peja; 2nd guitar & pedals
  • acad; bass & pedals
  • lobo; drum

Update : September 2006 There's a small list for our latest news.We just completed two new songs titled as "Close To A Cure" and "Have You Ever Danced With The Devil On A Pale Moonlight?".Both songs will be recorded around November and else we are still writing some new songs.More to come and more to hear,love!

Petaling Jaya, Malaysia-based ensemble Deepset began when a group of music lovers interested in instrumental sound projects discovered the twin indie and rock era of the '90s.Inspired by these bands' blending of harmonic phase and sonic experimentation, they began recording themselves, and started more on trial of drifting composition and slightly sustain the light psychedelic sound. Here they are!


Local Band of The Week!
music review From Ricecooker's website
DEEPSET Kelana Jaya, PJ
"Previously known as Deepset Joy, this band features a soaring, spacious and beautiful tune on their MySpace site. Where Were They (When The Fun Went Out)? sounds a bit like the local post-rock combo Furniture but leans more towards the dream-pop era of the late 80s British Indie. I like." -Joe Kidd.

KLue Issue 92 JUN 2006
Deepset
Deepset(Self released)
"The post-rock path is full of bands trying to out feedback each other and play more melancholic melodies then the next band.Latest addition to this fraternity is Deepset via this self-titled EP and this surprisingly is really good.The band manage to out-dirty Damn Dirty Apes,make more of a ruckus than KLPHQ and is ahead of April by at least a few months.Driven by the band's great sense of space and flow,Deepset have managed to release a solid collection of songs in this genre.Pretentious song titles are mandatory to this line of rock and Deepset does not dissappoint with tracks called " Of polaroids and stills," " A long way down," and " Where were they (when the fun went out)?" . "Of polaroids and stills" turns out to be the best track with the band finding several solid soothing guitar tones to drone to the listener until all emotional pain stops.This may just be the group's first outing,but it's showing some serious potential.Keep an ear out for this band." -Adlin Rosli.

Upcoming show.

1. The Great Escape the bands: KLPHQ Coma Citizens of IceCream Ferns Crispy Yam Toasted Elise (s'pore) & Deepset Date: 2nd Dec 2006 Venue: Little Havana, Kuala Lumpur. Admission Rm 15 + free drink. First 50 ticket holders gets a FREE Compilation CD


Previous Shows.
1. Night of The Ultimate Mosh Part 3
the bands : Domestik Doktrin Deepset Joy Nyiblorong Sarjan Hassan SelfMadeGod Mass Separation

2. Enrage Matinee ‘chapter 0.1′
date // time : October 1st, 2004 [saturday] // 1:00PM - 8:00PM
venue : Maras FM Club, Focus 1, Jalan Barat, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. [opposite MCIS Zurich building]
the bands: Pintu Rintangan Api 5ocial 1ntegration The Dearly Missed
Day of Tomorrow The Deepset Joy Akta Angkasa Crestfallen xElevenx xLumbrahx Daighila Uphold

3. Pop Pop, Trees @ Revolt & Chaos HQ
Sept 03 2005 2 - 7pm, RM 10Revolt & Chaos HQ, 28, 1st Floor, Jalan SJ8/4A, Taman Seremban Jaya 70450, Seremban, N9
the bands : Blood On Wedding Dress Nicole & His Husband InfiniteDelay Polaris XelevenX Deepset Joy Pintu Rintangan Api

4. aRtY ParTy 2006 31 Dec 2005 6pm onwards
Galleriiizu, 19-2-1 Mezzanine floor,UOA Center (Above Eon Bank)Jalan Pinang.KL
Limited Entry by donation coupon (RM7) & reservationFree drinks

deepset @ Arty Party (1st time video Screening )

Our fren Akta Angkasa with their sacred lights.

Musical Performances by experimental bands;
Akta Angkasa, Artik, Deepset Joy, Telephony Delivery, Flow, Designer's
Electro, Teenage Glory For The Wasted, Sfera Logika & Akustika Pria Pujangga


arty party: the crowd 2006

Monologue by
Farah Aini Lugiman
Poetry Session by
The Midnight Poets, SoulShyne, Unkleventrikel & Puvin
Video Screenings by
Fayruz Effendi (Perez), Muid Latif, Hakim FNB, etc…

5. A Night To Remember @ Little Havana
Little havana 7 July 2006 8 pm
the bands : Plush Flow Par Avion The Hiccups Deepset Couple

6. Independent As Hell 6/Hands That Mold 2
Venue: Tunestone Entertainment, KlangDate: September 9th, 2006 Time: 1:00pm


7. Art To Hear Date: 7th May 2006 0730 pm Venue: KL Jam Asia Rm 15 plus free Coke the bands : They Will Kill Us All, Fathullistiwa Soundscapes, Telebury, Deepset, Lightcraft, & Teenage Glory For The Wasted.

8. KL Independent Bands Festival 2006 Date: 22nd - 23rd July Venue: Titan Club & Bistro the bands: Flossy, Missing Chapter, i/am/rain, Pintu Rintangan Api, Aloe In The Bottle, Deepset, Bittersweet, Kuchalana, Hegyra, Jeopardize, Polarised, DamnDirty Apes, MUZE, Elisebelle Tears, Akta Angkasa, They Will Kill Us All, Oddity, Telebury, & Predicated Not Defined.


[still under construction]

Tuesday, October 31, 2006

Kafe Keretapi




Menaiki bas dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur adalah satu perkara yang begitu memenatkan bagi aku. Sakit kepala, mual, sakit urat adalah benda yang mesti dialami tetapi apakan daya, manalah mampu untuk aku membeli tiket kapal terbang yang mampu mengatasi segalanya.
Aku mengambil keputusan untuk menaiki keretapi, sinonim dengan perjalanan yang jauh, memakan masa dan pastinya kebosanan menunggu 13 jam untuk sampai ke destinasi. Hanya pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang sememangnya dari dulu lagi anti-naik bas sahaja yang menjadi teman seperjalanan. Walaupun begitu aku sanggup daripada menaiki bas ekspres yang sering menghantuiku dengan perjalanan yang menakutkan. Ya, bas ekspres ini mampu menghantar kita ke alam baka dengan ekspres juga. Aku tahu ajal maut di tangan tuhan tetapi aku fikir patut juga kita mengelak daripada suatu peristiwa berlaku ke atas diri kita.
Aku berada di stesen bas Wakaf Bharu tepat jam 5.50 petang. Ketika itu haribulannya ialah 25/11/2004. Hanya ayah sahaja yang datang menghantar aku pada hari itu. Oleh kerana keretapi belum lagi tiba, kami berdua hanya duduk di tempat menunggu. Masing-masing tidak berbicara. Mungkin di dalam kepala masih memikirkan perkara lain. Memikirkan masalah-masalah yang perlu diselesaikan barangkali. Dan kemudiannya keretapi muncul tepat pada pukul 6.20 petang.Aku pantas mencari koc sepertimana yang tertera pada tiket yang aku pegang dari tadi. Koc Gy No. 25. Aku terus naik dan mencari tempat duduk bernombor 25. Kemudian dengan pantas aku meletakkan beg pakaian untuk turun semula bagi mengucapkan selamat tinggal kepada ayah. Selesai bersalaman aku berdiri di tangga keretapi dan ketika itu juga wisel pun berbunyi dan keretapi dengan perlahan-lahan bergerak, serentak dengan deruman bunyi enjin yang begitu gagah sekali. Aku melambai-lambai ayah. Sempat juga dia mengambil gambar aku, merakam peristiwa yang akan dijadikan kenangan untuk tatapan.
Aku duduk di sebelah seorang makcik tua yang naik dari stesen Pasir mas, satu stesen selepas Wakaf Bharu. Kami sempat bertegur sapa sebelum tiba-tiba aku terasa lapar. Oleh kerana koc kafe hanya bersebelahan, tanpa berfikir panjang aku terus bangun dari tempat duduk dan menuju ke kafe sambil membawa bekalan nasi yang aku bawa dari rumah. Aku mencari tempat duduk di tepi tingkap untul melihat pemandangan. Perasaan aku ketika itu amat berlainan sekali, mungkin pendapat sesetengah orang itu betul, duduk di dalam kafe keretapi rasanya seperti bukan di tempat sendiri, mungkin di perantauan seperti yang kita lihat di dalam tv. Rasanya aku berada bukan di mana-mana tempat yang pernah aku berada sebelum ini.
Duduk berseorangan di meja yang hanya untuk 4 orang sahaja, aku terasa janggalnya kerana tidak ditemani sesiapa. Dari jauh aku mengangkat tangan dan mulutku memesan air teh o ais kepada pelayan. Memang tidak kedengaran tetapi aku pasti dia faham apa yang aku maksudkan.5 minit kemudian pelayan itu datang dengan membawa air yang aku pesan. Di dalam hati aku kagum dengan melihat pergerakan pelayan itu seolah-olah dia menari, melayan pergerakan keretapi yang selalu bergoncangan. Aku sedikit bimbang jika air itu tumpah, tetapi jangkaan aku amatlah tidak tepat. Sambil makan aku juga mendengar lagu-lagu enak yang keluar dari sistem canggih Dicsman Panasonic milik Aishah, orang yang sentiasa disayangi dan dicintai. Kenikmatan nasi lauk sotong masak pedas (masakan ibu yang terakhir sehingga beberapa bulan akan datang), alunan melodi dari lagu 'the only moment we were alone' hasil genius Explosions in the sky serta pemandangan indah senja yang menukarkan warna langit menjadi kemerah-merahan pada hari itu bagaikan satu klimaks yang mengakhiri pengalaman bercuti sempena Aidilfitri pada tahun ini. Tidak mungkin aku akan mengalaminya lagi. Mungkin di lain kali, aku berharap ia akan lebih indah dari pengalaman ini. Hingga bertemu peluang itu kembali di dalam sebuah kafe keretapi.
Lagu yang diulangi sepanjang perjalanan adalah hasil genius dari:
Explosions In The Sky
Airliner
Afternoon Tea
Lorien
Ariel Kill Him
Sigur Ros

Pre-Death experience = Rm 27.90



No words to describe the ultimate helpless…without misspend the every seconds that full with despair and regret…remembrance only to the beautiful memories…to the most beloved persons…to the most precious feelings of joy. In one afternoon, ordinary Thursday, the greatest give up, hand towards the sky. Now is full blessed. Escape from drowning is the pre-death experience. Recall and painful.


The songs that surround the atmosphere while the writing in progress…

Wish you were here by Pink Floyd ( the home made greatest hits )
Blankets of night by Hammock ( album Kenotic )
Halo by Mono ( album One Step More And You Die )
The only moment we were alone by Explosions In The Sky ( album The Earth Is Not A Cold Place )
Lost snow by Mono ( album Walking Cloud And Deep Red Sky, Flag Fluttered And The Sun Shined )

Aku Dan Explosions In The Sky Episode 1

Aku Dan

Episode 1

Mula-mula aku mendengar nama Explosions in the sky ialah daripada sebuah majalah bernama Rocksound. Majalah itu sebenarnya dibeli oleh Aishah (the light) di Singapura disebabkan dia tidak pasti majalah itu ada dijual di Malaysia. Bersama majalah itu ada cd kompilasi yang mengandungi lagu-lagu baru daripada band-band yang direview oleh Rocksound dalam isu bulan itu. Lagu First Breath After Coma yang diselitkan dalam cd kompilasi tersebut sebenarnya telah dipendekkan, mungkin atas tujuan mempromosi memandangkan lagu tersebut agak panjang. Aku rasa dengan sebab itulah ia menjadi lebih padat dan boleh dikatakan dengan sebab itulah aku tertarik walaupun buat pertama kali mendengarnya.



Aku masih lagi ingat ketika itu waktu senja di Taman KLCC, lagu First Breath After Coma diulangi berkali-kali. Pengalaman yang masih diingati walaupun tidaklah seindah pengalaman salah seorang penulis dalam majalah Heartattack yang menceritakan bagaimana dia mengulas album Explosions In the Sky pada suatu hari yang hujan. Mestilah indah. Apabila berkali-kali aku mendengar lagu First Breath After Coma, aku merasakan ‘ada sesuatu’ dengan band ini yang telah mencetuskan tanda tanya dalam diri. Adakah selama ini aku telah ketinggalan satu lagi band yang menghasilkan bunyi-bunyian yang betul-betul serasi denganku selain daripada keagungan karya-karya abadi Mineral.

Di sebalik penemuan Explosions In The Sky, ada sebuah cerita apabila kekecewaan menyelubungi sebaik sahaja aku dapati inspirasi kepada band Damn Dirty Apes iaitu Mogwai tidaklah seperti yang dijangkakan. Aku merasakan tidak begitu puas dengan karya-karya Mogwai, mungkin disebabkan karya-karya Damn Dirty Apes album Valve State Dreams lebih mengikuti selera aku. Sebab utamanya ialah aku suka style lagu seperti Ithica 27 o 9 album Mogwai yang bertajuk Ten Rapid. Malangnya tidak banyak lagu hasil ciptaan Mogwai yang seumpama dengannya dan karya-karya Damn Dirty Apes seperti Naninong, Charlie dan Drift Away Part 1 adalah tepat sekali untuk mewakili style yang aku suka. Setelah mendengar karya-karya Damn Dirty Apes, aku dapati elemen yang disukai ialah melodi yang indah, tenang, dreamy walaupun tidak dimasukkan kecanggihan efek yang melampau dan diikuti dengan klimaks yang diisi distort kepekatan yang tinggi serta kebisingan simbal dram yang keras tetapi indah. Teknik tangan dewa dari langit adalah sesuatu yang mesti. Menyuntik adrenalin, bersemangat mahupun kadang-kadang melayan perasaan kecewa, marah, adventure dan membawa diri adalah beberapa contoh perkataan yang boleh diterjemahkan. Tetapi akhirnya elemen seperti ini telah berevolusi, ia tidak lagi muncul dalam bentuk asal seperti yang aku suka sebelum ini. Secara jujurnya, karya-karya hasil genius Explosions In The Sky telah menyebabkan evolusi ini.



Untuk menterjemahkan karya-karya Explosions In The Sky pada fikiran aku ialah semuanya berpunca daripada penggunaan instrument secara maksimum, penghayatan yang sempurna dan permainan yang penuh emosi dilengkapi dengan kehandalan jurutera bunyi untuk menghasilkan rekod yang novelty. Setiap lagu mempunyai jalan cerita, malah setiap bunyi itu pun ada karektor mereka yang tersendiri. Lagu-lagu mereka amat connected antara satu sama lain. Semuanya adalah dikatakan terancang melalui perbincangan, malah pergaduhan antara mereka. Aku masih tertanya-tanya mengapa album pertama iaitu How Strange, Innocence hanya dianggap sebagai potret mereka ketika masih kecil.

Aku Dan Explosions In The Sky Episode 2

Aku Dan

[ Episode 2 ]


20 Jun 2005.
Sekarang sudahpun pukul 11.10 mlm. Terasa penat dan mengantuk juga walaupun sebenarnya aku tiada kerja yang hendak dibuat. Tadi pada waktu petang aku menghabiskan masa selama 2 jam untuk memikirkan apa yang hendak ditulis dalam blog mlm nanti. Lebih kurang pukul 8.45 mlm tadi juga, barulah aku menjumpai Atlas KBSR yang dicari-cari sejak semalam. Bukannya apa, saja hendak tengok peta-peta yang ada didalamnya.

Bercerita tentang peta, tercetus di fikiran aku kisah pertemuan antara tiga M iaitu Mark (Smith), Munaf (Rayani) dan Michael (James) dengan Christopher (Hrasky) yang telah membuktikan bahawa takdir menentukan segalanya. Ini adalah kerana yang sebenarnya ialah Mark (gitaris), Munaf (gitaris) dan Michael (bassist/gitaris) berasal dari sebuah bandar kecil dipanggil Midland, telah berhijrah ke Austin dimana mereka telah bertemu dengan Chris (drummer) yang berasal dari Rockford berdekatan dengan Chicago. Disini aku berasa kagum dengan kebarangkalian. Apa tidaknya, bayangkan sahaja jarak antara Chicago dengan Austin. Suatu pertemuan yang hampir mustahil. Aku terfikir, teori E= mc2 milik Einstein boleh diadaptasikan menjadi
E= 3m + c. Senang sahaja,
Explosions In The Sky= (Munaf+Mark+Michael) + Christopher. Suatu perkara yang tidak mungkin terjadi jika tidak cukup salah seorang daripada mereka.

23 Jun 2005.
Kini barulah aku sedar bahawa nama band sebenarnya diilhamkan daripada satu soalan Chris pada malam 4 Julai 1999, selepas satu persembahan di University of Texas dimana Chris dengan secara spontan bertanya , “Can you hear the explosions in the sky?” tanda reaksinya kepada pertunjukan bunga api di kawasan bandar pada malam itu. Ini bermakna pemain dram yang hebat inilah watak yang paling penting dalam kewujudan Explosions In The Sky. Flyer yang diletakkannya di sebuah kedai rekot dahulu juga adalah punca pertemuannya dengan Munaf, Mark dan Michael. Pertemuan ini aku ibaratkan seumpama kesempurnaan pelangi di langit hujan, kesempurnaan matahari di langit pagi juga kesempurnaan bintang di langit malam. Ianya pasti terjadi, hanya menunggu detik-detik tatkala tiba masanya, serta berakhir dengan keindahan yang tidak dapat dilupakan.

26 Jun 2005.
Apa yang aku kagumi daripada kisah silam Explosions In The Sky ialah bagaimana terciptanya keserasian antara mereka sehingga dapat menghasilkan drama-drama indah dalam format bunyi. Pada tahun 2000, iaitu lebih kurang setahun bertemu, mereka telah mengeluarkan “How Strange, Innocence”– album pertama terhad di bawah Sad Loud America yang diibaratkan sebagai potret mereka ketika kecil. Ini adalah kerana mereka tidak berpuas hati dengan sound rakaman yang tergesa-gesa. Entahlah, pada pendapat aku, lagu-lagu seperti Snow And Lights, Magic Hours, Look Into The Air dan Glittering Blackness adalah antara karya-karya mereka yang terhebat. Album “How Strange, Innocence” aku definisikan sebagai sebuah album Explosions In The Sky yang adventure. Bunyinya seakan terkeluar dari punca, ia seolah-olah berada di depan kita. Kadangkala saat yang paling tenang itulah kebisingan sebenarnya.
Permainan gitar menggunakan kord-kord indah bersama bunyi distort yang ganas untuk mencipta senapang adrenalin telah digantikan dengan lapisan gabungan bunyi gitar yang ‘clean’ bersama simple ‘delay’. Inilah evolusi yang dimaksudkan oleh aku sebenarnya. Walaupun begitu, ada juga diselitkan unsur tradisi klimaks berdistort nyaring, dari mencengkam hati, kecewa, hingga menangis kemarahan. “How Strange, Innocence” begitu sesuai ketika di dalam kereta untuk menempuhi suatu perjalanan yang panjang.





27 Jun 2005.
Album kedua Explosions In The Sky telah dikeluarkan pada 27 Ogos 2001. Bagi sesetengah orang, album ini dianggap sebagai “prophetic sign”. Dua minggu sebelum tragedy 9/11, album bertajuk “Those Who Tell The Truth Shall Die, Those Who Tell The Truth Shall Live Forever” yang dihasilkan di bawah naungan rekod label Temporary Residence Limited ini sering menjadi bahan pertanyaan kepada peminat di seluruh dunia. Semuanya dikatakan berpunca daripada salah faham terhadap artwork album itu sendiri seolah-olah menggambarkan kapal terbang yang mungkin terhempas. Cerita yang sebenar disebalik artwork itu amatlah jauh bezanya daripada apa yang didakwa. Pedulikan saja apa orang kata. Jika ditanya pendapat aku tentang album ini, maka apa yang terbayang di dalam fikiran ialah kemusnahan. Memang ianya bermula dengan artwork kisah mitos ketika pertempuran, sehinggalah kedengaran rentak bunyi-bunyian umpama perjalanan ke medan peperangan. Lebih gelap daripada album yang sebelumnya; “Those Who Tell The Truth Shall Die, Those Who Tell The Truth Shall Live Forever” adalah album penuh dramatik, diisi dengan konflik dan situasi yang berbeza. Antara kedamaian, keindahan dan diakhiri dengan kehancuran yang maksimum. Tiada apa-apa akhirnya, yang tinggal hanyalah penyesalan walaupun mungkin juga ada semangat daya juang untuk meneruskan kehidupan. Karya-karya yang dipersembahkan juga kadangkala berhubungan antara satu sama lain. Ini menguatkan lagi jalan ceritanya dan kesan yang ditinggalkan amatlah mendalam. Aku sentiasa berimaginasi, apakah perasaannya jika dapat menikmati karya-karya dari album ini di dalam sebuah bilik yang direka khas untuk kesan penuh stereo 3D bersama dengan teman-teman. Memberi pendapat antara satu sama lain sambil meneguk teh o ais dan tidak lupa juga sedutan racun halal berjenama Marlboro, Pall Mall atau Dunhill.




28 Jun 2005.
Rupa-rupanya kemusnahan yang digambarkan oleh aku dalam album “Those Who Tell The Truth Shall Die, Those Who Tell The Truth Shall Live Forever” telah diberi harapan baru di dalam album ketiga Explosion In The Sky. Bagaikan orang gila yang meyakinkan diri mereka bahawa ada lagi perkara yang baik dan indah di dalam dunia ini, album “The Earth Is Not A Cold Dead Place” dimulakan dengan seruan ‘wake up’! Dari segala tidur, mimpi, koma mahupun ketidaksedaran manusia atas kemusnahan yang dilakukan. Dikeluarkan pada 4 November 2003 oleh Temporary Residence Limited, album ini bagi aku lebih positif dan penuh inspirasi. Ada tatkalanya ia memberi harapan dan semangat walaupun sehingga ke pengakhiran. Situasi yang dicipta dalam album ini juga lebih complicated daripada dua album sebelumnya. Barangkali dengan kepakaran dan pengalaman yang telah bertambah, maka kemampuan mereka dalam memanipulasikan bunyi-bunyian untuk mewujudkan pelbagai perasaan semakin berkesan. Kini hanya beberapa hari sahaja lagi sebelum hari lahir Explosions In The Sky. Dan aku di sini semakin hari semakin memahami erti kehidupan.





The soundtrack while the writing in progress…

My unsaid everything by Converge ( album When Forever Comes Crashing )
How to become a virgin by The Locust ( album Plague Soundscapes )
Audience of one by The Swords Project ( album Entertainment Is over If You Want It )
You suck at life…and i’m not by Ed Gein ( album It's A Shame That A Family…)
Red Sky Burning by Cassandra ( album Pay Us Suicide Torn And Forgotten )
All hail the dead by Walls Of Jericho ( album All Hail The Dead )
Delirious, where have you been By The End Of Tonight ( album In A Letter To The Sandbox)

Matahari, Selamat Pagi Ku Ucapkan...



Pada ketika itu aku sedang duduk di depan pintu Rumah Teres Rekot™, merenung keluar dari pintu gelungsur aluminium pada suatu pagi ahad yang damai. Melihat sinaran matahari yang begitu seimbang memancar dunia, agak dingin sekali apabila angin bertiup secara tiba-tiba dan di saat itu juga cahaya sang matahari berubah mendung. Aku merasakan ada seseorang di belakangku.

“Watching life eh?,” dia bertanya. Aku tersenyum tetapi tidak memberikan jawapan. Dan dia terus meninggalkan aku disitu, berjalan keluar dari kawasan rumah. Aku termenung lagi, dan kadang-kadang manusia tidak akan dapat melupakan wangian yang ditinggalkan...


Lagu tema,
"sabbath" - Mono.

[Life]

Friday, January 01, 2010

what really counts in life is that at some time you have seen something, felt something which is great, so matchless, that everything else is nothing by comparison, that even if you forgot everything you would never forget this.

the soundtracks - sabbath by mono & window by the album leaf.